Monday, March 21, 2011

Friday, March 18, 2011

Tidur sembunyi senyum tak tahu

0011

Kadang kadang, lebih mudah buat tak tahu
Kerana realiti menyakitkan

Kadang kadang, lebih mudah mengukir senyum
Walau sepahit mana hati

Kadang kadang, lebih mudah bersembunyi
Dalam lubang, jauh, ceruk

Kadang kadang, lebih mudah tidur
Dari menghadapi dunia

Tapi...

Bila kadang kadang sudah menjadi selalu
Kadang kadang menjadi kerap kali
Kadang kadang menjadi rutin

Takkan mahu tidur sembunyi, senyum tak tahu?


p/s - this is unrelated to previous entry, i have multiple emotions. But unfortunately, there are in the same genre...

Wednesday, March 16, 2011

Kisah Saya & Awak... Part 2

0010

Maaf lama senyap.
Busy
Dan mungkin juga, aku sengaja ingin biarkan last post lama sikit
Bagi ramai orang baca

Sebenarnya, last post aku anggap sebagai satu masterpiece aku
Sebab aku tak pernah buat begitu
Tulis konon2nya dari hati yang jujur
But still in a cute way

Kadang2 bila baca balik ayat2 yang aku tulis dalam last entry, aku pun pelik macam mana aku boleh tulis macam tuh
Maybe sama macam aku katakan:

This is my heart talking, my hands typing.
I try to block my mind from thinking too much about it.

Yeah, I wasn’t thinking too much
Aku hanya menaip
Edit sikit2
Dan hantar

Aku halang otak aku berfikir consequences nya
Dan aku tak nak lagi planning, konon2 macam2 strategi supaya surat itu berhasil

Yang aku tahu, lepas aku menulis dengan jujur, aku cari fb pagenya, dan copy ke dalam aplikasi msgnya.
Maybe, that was my mistake

So, maybe ada yang wondering apa keputusannya…

Hurm, macam mana nak cakap
Senang cakap, aku direjek!
Surat itu tak berhasil
Dan yang konon2 korang baca cute2 itu tak menjadi

Aku publishkan pun selepas sebulan aku hantar
Dan aku dapat jawapan dalam masa 2 hari
Nampak sangat tak de banyak untuk difikirkan

Sejujurnya, jauh di sudut hati aku, aku tahu dia akan menolak
Dan aku, kononnya sudah bersedia atas segala kemungkinan
How wrong I was!!

Setelah dia memberi jawapan, hatiku remuk
Hancur
Luluh

Terasa diri tak berharga
Tak dihargai
Dan hilang keupayaan

Sehari dua aku hilang keyakinan diri
Aku tak tahu nak cerita pada siapa
Hanya pendam sorang2

It really break my heart for letting a story of 9 years go

Tapi apa dayaku
Takkan nak memaksa pulak
Maybe ini yang terbaik untukku

So, sekarang melayan hati yang rawan
Dah sebulan setengah pun, tapi entah kenapa hati masih terluka
Biarlah dia sembuh sendiri

Segan sebenarnya nak cerita semua ni
Tapi sebab aku percaya, orang2 yang aku bawa ke sini adalah orang2 yang cuba memahami aku, aku cerita

Takpe, chill je!


Wednesday, March 2, 2011

Kisah Saya & Awak...

0009

Assalamulaikum warahmatullahhiwabarokatuh

Pertama sekali, maaf!
Maaf kerana timbulnya semua ini.
Maaf jika ini bakal membuat awak tidak selesa.
Maaf!

The truth is, I just can’t find another way to tell you this.
Maybe I am not as open as I think,
But I do hope this is the best way.

Judging from the situation,
Dan dari setakat mana yang saya kenal awak,
Saya tahu awak tak suka benda-benda macam ini.
Apatah lagi dari medium surat, mesej dan lain-lain.
Saya tahu awak lebih mengharapkan keterbukaan…

Tapi sekali lagi,
Maaf!
Saya tak mampu.
Saya tak mampu berdepan dan berterus terang pada awak


Sebenarnya saya tak tahu apa yang ingin saya tuliskan
Saya benar-benar tak tahu
Saya benar-benar keliru

Cuma saya harap saya boleh menjadi jujur
Sejujur mana yang boleh
Sejujur jujur hati saya

Jika ini terpanjang atau terlebih,
Sekali lagi,
Maaf!

*****

Kita kenal dah lama…
Hampir 9 tahun perkenalan kita.

Dan, dalam masa 8 ke 9 tahun ni,
Saya rasakan mengenali awak merupakan satu benda yang terbaik buat saya.

Mungkin awak tak tahu
Ataupun awak memang tahu dan pura-pura tak tahu:
Saya sebenarnya sudah lama meminati awak sejak dari zaman sekolah lagi.

Mungkin masa itu hanya cinta monyet.
Jadi saya tak hiraukan sangat.

But, I can fell that,
In all these years ,
I keep wondering with the same question over and over again:
WHAT IF???

Kenapa saya tidak berterus terang dekat awak sejak dari dulu?
Apa akan jadi kalau saya berterus terang?



Sejujurnya,
Waktu sekolah dulu saya rasakan saya tak punya apa-apa.
Dan saya tak nampak satu sebab pun untuk awak suka pada saya.

Tapi
Bila penghujung tahun sebelum cuti,
Awak ada hantar surat kepada saya
Awak tanyakan saya kenapa saya layan awak tak sama macam orang lain

Mendapat surat itu, saya gembira!!!
Gembira!!!
Tapi saya tak tahu nak jawab apa.
Jadi saya terus jawab yang kononnya muka awak seiras dengan kawan baik saya
Sedangkan, takde pon!

Mungkin awak pun dah tak ingat kisah ini,
Tapi saya masih ingat…

*****

Sejak dari itu, saya mula ingin rapat dengan awak.
Saya kenakan awak dengan orang lain, konon2 awak suka mereka
Tapi sebetul nya saya yang ada hati pada awak!

Maybe cara saya nampak sangat
Hingga satu hari seorang kawan awak slow talk dengan saya:
“Jangan diganggu dia kalau tidak serius.
Dia tak pernah bercinta, takut nanti dia terluka!”

Mendengar itu, saya berfikir
Berfikir dan berfikir
Lalu saya mengambil nasihat dia
Kerana waktu itu saya rasakan saya belum mempunyai apa-apa
Saya masih tak mampu membanggakan awak.

Lalu, saya berdiam.

*****

Tamat persekolahan, kita terpisah
Awak di sana, saya di sini
Rasa itu tetap ada, kadangkala mengganggu

Mungkin kerana jarak yang memisahkan kita,
Hati saya cuba untuk menerima yang,
Its not meant to be

Tapi sejujurnya,
Jauh di sudut hati,
Soalan yang sama berlegar
WHAT IF???

*****

Menginjak ke alam universiti, saya masih ingatkan awak.

Mungkin awak pun dah tak ingat kisah ini,
Tapi saya masih ingat…

Ada satu ketika di tahun pertama, hati saya bergolak mengingatkan awak
Saya ingin memberitahu awak
Saya ingin awak tahu

Hanya medium mesej menjadi taruhan,
Bermula dengan berbahasa basi

Tapi hampa,
Awak katakan yang awak penat
Awak katakan awak sedang sibuk berorientasi
Awak minta saya hubungi awak lagi dalam 2 atau 3 minggu

Saya akur
Saya tunggu

*****

2, 3 minggu berlalu
Saya sudah bersedia
Saya ingin memberitahu awak
Saya ingin awak tahu

Akan tetapi, alangkah hancurnya hati saya,
Bila saya mendapat tahu awak sudah berpunya.
Dan perkenalan awak adalah di waktu minggu orientasi tersebut!

Saya menyesal tak sudah

Saya kembali memujuk hati
It’s not meant to be!

*****

Saya cuba melupakan awak
Saya halang perasaan hati saya pada awak
Saya menjeruk hati

Tapi, kadangkala, saya rindukan awak
Dan tatkala saya tewas dalam kerinduan itulah,
Saya merisik khabar melalui alam maya
Melalui laman sosial

Awak masih cantik seperti dahulu
Saya tertanya juga, adakah awak ingat pada saya
Awak di sana tampak gembira di samping teman baru awak

Saya di sini kembali menjeruk hati
It’s not meant to be!

*****

Sejak itu, kita memang berhubung,
Tapi saya cuba bataskan perhubungan kita atas dasar kawan
Saya mahu menjaga hati saya sendiri
Dan saya tak mahu awak susah kerana saya

Saya sangkakan semuanya berjalan lancar
Saya cuba-cuba gembira
Saya cuba-cuba lupakan awak

Teman di sekeliling saya silih berganti
2, 3 kali saya didampingi
Tapi hati saya masih tak dapat lupakan awak.

*****

Alam pekerjaan.
Setelah sekian lama tidak bersua, awak ajak berjumpa
Bersama teman-teman rapat yang lain.

Hati saya tiba-tiba disimbah rasa gembira
Perasaan saya pada awak yang saya pendam, kembali berbunga

Hari yang dimaksudkan, saya bersiap sehabis baik
Saya ingin nampak menarik di hadapan awak

Kita berjumpa.
Bertukar cerita.
Bersembang.
Bergurau senda.

Hinggalah awak membuka kisah dia…

Rupanya awak memanggil kami semua untuk membincangkan masalah awak dengan si dia.
Rupanya awak sedang bermasam muka dengan si dia.
Dan awak inginkan pandangan kami semua.

Waktu itu, hati saya tersentap!

Rupa-rupanya awak ingin berjumpa kerana dia
Kerana awak ingin selamatkan perhubungan awak dan dia
Tidak awak tahu perasaan saya ketika itu.

Saya menarik muka biasa.
Dan cuba memberikan pandangan sebaik mungkin.
Atas dasar seorang kawan.
Walau di dalam, hati saya berdarah dan menangis!

Perjalanan pulang dari pertemuan itu, saya banyak diam.
Hingga menarik perhatian seorang teman.
“Bersabarlah,” bisik dia.
Dia tahu, mungkin.

*****

Mulai hari itu, saya tetapkan pendirian,
Saya tak mahu, dan takkan mengambil tahu lagi pasal awak.
Kerana saya tahu awak sayangkan dia melebihi segalanya.
Saya boleh nampak dari sinar mata awak ketika itu.

Saya kembali sibukkan diri dengan kerja
Satu pelepas tekanan yang berjaya, saya kira.

Tapi sejujurnya,
Jauh di sudut hati,
Soalan yang sama berlegar
WHAT IF???

*****

Saya dengar awak sudah putus dengan dia
Saya dengar awak patah hati
Dan saya tahu awak sengsara

Kawan kawan berkata, inilah masanya!
Inilah masanya kau nak merawat dan mengambil hatinya!

Tapi hati saya tak mahu.
Saya tak mahu.
Kerana anggapan saya, jika saya mempunyai hubungan dengan awak pun,
Awak masih akan ingatkan dia.
Jadi saya biarkan saja semuanya berlalu.

*****

Hinggalah ke waktu ini, kebelakangan ini.
Hati saya tak boleh menipu,
saya kembali teringatkan awak.
Saya kembali merisik khabar mengenai awak
Saya mula menjadi stalker awak.

Jauh di sudut hati,
Soalan yang sama berlegar
WHAT IF???

*****

Saya tahu awak, yang awak anggap saya sebagai kawan.
Saya juga sedar, mungkin di mata awak saya bukanlah lelaki yang tepat untuk awak dampingi.
Saya manusia yang punyai kekurangan.
Saya sedar itu semua.

Saya tak tahu apa yang saya harapkan dari semua yang saya coretkan ini.
Mungkin saya hanya ingin awak tahu,
Its you, its always been you.


This is my heart talking, my hands typing.
I try to block my mind from thinking too much about it.
I think I would not forgive myself if I am not trying.
Thus this letter is written to convey that message.

Saya hanya mau awak tahu.

Lepas membaca semua ini, awak fikirlah apa yang terbaik.
Jika perlu istikharah, istikharahlah.

If you think that I am not good enough for you,
I will respect and accept that,
But please don’t break our friendship over that.
Persahabatan kita terlalu berharga.

But if you think otherwise, let me know
And you will make me a happiest man alive...