0013
Ingat lagi entri ini???
Ya, ini entri zaman lama
Dan ianya related to this entry, and this entry
Baru-baru ni, ofismate pakat reramai pegi Singapura
Girls days out kata mereka
Takkan nak ikut pulak kan
Dalam preparation, mereka bertanya juga, ada nak pesan pape tak
Perfume murah kat sana…
Kata merekalah
Aku pun tertarik nak memesan
Yelah, selama ni pakai perfume generic inspired by je
Ataupun perfume yang dijual di pasaraya
Sekali sekala, bila dah mampu ni, apa salahnya beli yang lebih mahal kan?
So, aku pun tertarik nak memesan perfume
Mereka bertanya nak perfume apa?
Aku pening
Dah lah tak pernah terfikir nak beli perfume
Lantas, mulut pantas menyebut “Polo Blue”
Mungkin kerana selalu dengan baunya
Walau selalu pakai yang generic
Dan mungkin juga kerana memori itu
Jadi, mereka pun ke sana
Berhuha2, berjimba2
Tangkap gambar gedik sana sini
Dan letak kat facebook banyak2…
Gua tengok berbulu je…
Tapi kembalinya mereka, tiada Polo Blue di bagasi
Kata mereka, setiap tempat yang mereka pergi, itu yang paling pertama ditanya
Tapi semua tempat yang mereka pergi, ia kehabisan
Lantas mereka menukar untuk membeli CK One
Bila tiada Polo Blue di tangan
Bila dah berharap Polo Blue,
Yang dapat adalah CK One
Ia buat aku teringat memori itu
Dan signifikannya Polo Blue dalam hidup aku
Mungkin, in a way, Polo Blue was never mine
Sejauh mana aku mencari, it was never mine
Sama juga memori itu
Mungkin ia hanya dirasa oleh aku
Mungkin memori itu tak bermakna bagi dia
Dan mungkin juga,
Dia was never mine…
2 comments:
ha3.. aku pulak yang agak terasa dengan entry ni adi. pada aku pulak Mungkin CK One tu adalah penganti yang terbaik daripada Polo Blue. Ya mmg betul kenangan terindah pertama tu susah nak lupakan tapi tak salah untuk mencuba yang baru. Good Luck!!!
urm...
ck one masih kekal sebagai perfume
ck one bukan metafora kerana takde orang yang diassociatekan dengan ia...
hanya polo blue metafora...
Post a Comment