Showing posts with label Perspektif. Show all posts
Showing posts with label Perspektif. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

Amarah

0019

Aku sedar, aku mempunyai 'angin'
Aku boleh berubah emosi dalam sekelip mata
Orang kata, itu ciri2 seorang Cancer
Entahlah...

Aku dah lama perasan ini
Senang2 saja aku boleh marah tak tentu pasal
Bengang tak tentu hala

Kalau rumate aku di U dulu dah memang faham pe’el aku ni
Bila aku balik ke bilik je, sure ada mende yang aku cerita kat dia pasal aku bengang atau marah

Sampai satu ketika, maybe dia tak tahan, dia gelar aku Mamat Bengang
Yang peliknya, tak pulak aku bengang kat dia gelarkan aku macam tu
Maybe sebab aku appreciate dia yang selalu dengar kot

Aku perasan ni sejak dulu lagi
Aku tak tahu bagaimana mulanya
Kadang2 aku cuba buang rasa amarah
Tapi tak boleh
Orang kata, waktu begitulah bisikan syaitan kuat kan



Mungkin
Mulanya semua sewaktu aku kecil
Aku tak salahkan sapa2
Aku kata mungkin saja ye

Ayah aku seorang yang garang
If anything goes in the way, siaplah ko
Dan aku seringkali memendam perasaan sewaktu kecil

Siapa yang suka bila kena marah?
Mungkin waktu itu ayah aku marah, memang salah aku
Tapi naluri kecil aku memberontak
Di dalam otak aku, macam2 fikiran timbul

Sampai satu saat, aku cuba mematahkan ayat2 ayah aku dengan kata2 di dalam otak
Setiap apa yang dikatakan, aku debatkan di kepala
Setiap!
Semuanya…

Mungkin itu menyebabkan aku agak pandai berdebat ketika sekolah

Aku tak salahkan ayah aku
Itu satu pengalaman
Dan hasil dari tunjuk ajar dia, aku jadi seperti yang ini
Dan aku bangga atas diri aku ketika ini

Cumanya, bila sejak kecil, minda dah terdidik untuk berdebat, otak dan hati aku sering dirasuki perasaan amarah
Sehingga kini ia menganggu mood kerja aku
Dan mood harian aku

Aku akan ambil segala perkara kecil menjadi besar
Sehingga di ofis, aku sering dicop sebagai sensitive

Aku cuba lawan perasaan itu
Tapi benarlah, melentur buluh biar dari rebung kan
Kini aku rebung, sukar dilenturkan lagi

Aku kini terlalu mengambil kira kata orang
Biarpun dalam nada gurauan, aku akan ambil serius
Dan aku akan debatkan dalam kepala otak, betulkah apa yang diperkatakan itu

Sampai terlalu banyak, otak aku tertekan
Dan aku kembali beremosi

Aku dah perasan ini semua
Acapkali terjadi

Aku cuba berubah
Tapi payah

Apa patut aku lakukan???


p/s - isi lagu tiada kaitan, hanya tajuk berkait...

Monday, June 6, 2011

Perubahan...

0018

Blog makin sepi
Entri makin tiada isi
Apakah semua ini???

Jika diimbas dulu, aku mempunyai satu blog yang aku banggakan
Apa yang aku ingin tulis, pantas saja jari ini menaipnya
Namun kini, makin susah, makin sukar
Faktor usia mungkin?

Ya, maybe zaman dah berubah, dunia dah maju
Aku dah berubah juga dengan bergeraknya peredaran masa

Tapi yang dapat aku lihat, jauh di sudut hati aku, aku masih aku
Masih aku yang dulu
Yang sama macam orang kenal2 dulu

Susah juga nak mengubah diri
Mengubah apa yang sudah ada
Kepada yang lebih baik
Kepada yang lebih betul
Dan kini aku sedang laluinya
Berjayakah aku, aku pun tak tahu

Manusia dilahirkan tak sempurna
Banyak cacat cela
Banyak khilaf
Hanya Dia yang sempurna

Cuma di tangan, kita mempunyai kuasa untuk mengubah nasib kita
Dan ujian yang datang sebagai penguat untuk diri kita

Ah, sudah!
Ayat memang pandai
Ayat memang bijak
Ayat memang macam-macam
Senang ditutur
Tapi nak buat?
Sendiri mau ingat…

Aku bukan apa
Aku manusia
Aku mempunyai masalah
Dan masalah itu aku kongsikan bersama seorang teman

Tapi kerap kali
Respon yang aku terima, aku sedikit tak berpuas hati
Kerana aku rasakan mulutnya amat mudah memberikan cadangan
Tapi yang merasanya, yang perlu melakukan perubahan, ialah aku

Atau mungkin, aku yang meminta terlalu lebih dari dia?

Dah cukup bagus la jugak kan ada kawan nak dengar masalah kita
Baik buruk responnya, terima sajalah

Biasalah, aku manusia
Aku memang tak selalu bersyukur atas nikmat kawan yang baik mendengar masalah aku
Astaghfirullah!

Jauh juga aku melalut ya
Biasalah, nak sental daki2 karat di kepala otak ni
Nak aktif berblogging la kononnya
Haaraam!!~

The point is
Masa
Masa merubah segalanya
Aku dah berubah
Walau aku masih aku yang dulu, tapi perubahan tetap ada

Cuma persoalannya, ke arah kebaikan atau kejahatan???
Hurm…


Monday, May 9, 2011

Apa yang aku nak tulis...

0016

Rasa macam terlalu banyak nak cerita
Terlalu banyak pemikiran
Terlalu banyak point

Tapi mungkin dunia blog dah berubah
Dan aku pun berubah sama
Slowly, apa yang nak diceritakan itu evaporate…

Teringat kembali, apa sebabnya aku berblog rancak dulu
Dan mengapa aku buka blog in the first place

Aku ingin didengari
Sebab aku banyak nak diluahkan
Aku ingin orang mengerti
Apa yang aku rasakan, apa yang aku fikirkan

Di mulanya memang begitu
Di awalnya memang begitu
Dan dunia blog memang serve aku untuk purpose itu

Bila dah mula kenal2
Dah mula lompat2 blog
Dah berkawan2
Entri2 di blog kebanyakannya lebih komersil
Lebih menjurus kea rah ‘apa yang orang suka baca’
Bukan ‘apa yang aku nak tulis’

Dan jadilah blog seperti sekarang

Apa tah nak jadi kan…

Hidup dah berubah
Dulu student
Sekarang dah kerja
Dulu fikir assignment
Sekarang fikir dateline dengan client

Dulu wujud masalah hati
Sekarang masih lagi
Dan aku jangkakan, ia akan berpanjangan

Aku ialah aku
Aku tak boleh nak mengubah aku
Mungkin profesionalisme boleh diubah
Tapi emosional amat sukar

*aku nak teruskan, tapi terhenti sbb terfikir orang akan pandang rendah dekat aku kalau aku tulis lebih2 pasal emosi*

Aku patut rentikan perasaan ‘apa yang orang suka baca’ ni
Dan aku perlu lebihkan ‘apa yang aku nak tulis’

Apa yang aku nak tulis…
Apa yang aku nak tulis…
Apa yang aku nak tulis…

Monday, February 28, 2011

Unik, Lain & Pelik...

0008

I like the way he thinks
Sungguh pun masih muda, there is a maturity in him that not many people have




Sejak dari dulu aku faham akan ciri2 unik yang manusia ada
Kelainan
Kepelikan

Aku faham itu semua dan cuba untuk memahami manusia2 yang unik, lain dan pelik

Tapi, dunia tidak begitu…

Yang unik itulah yang dipertikaikan
Yang lain itulah yang dijelikkan
Yang pelik itulah yang dipermainkan

Hingga aku tak faham apa jadi pada dunia

Setiap manusia, adalah unik, lain dan pelik
Dengan cara mereka sendiri

Jika Tuhan ciptakan semua manusia sama
Apa akan jadi?


Thursday, February 24, 2011

Hanya Kerana Pandangan...

0006

Hari itu kami tengah makan malam
Aku dan budak-budak ofis
Di restoran berhampiran tempat kerja kami

Memang aku selalu ambil peluang makan dulu sebelum balik rumah
Sebab aku ni jenis malas nak keluar dari rumah semata-mata untuk makan
Jika sampai malas aku, maka mulalah aku makan segala macam makanan rapu di rumah

Jadi kami makan
Bergurau senda
Bergelak ketawa

Mem’bitching’ sikit demi sikit pasal ofis
Pasal orang-orang ofis yang susah untuk buat kerja bersama
Pasal macam-macam
Topic random
Itu je masa kami nak merelease tension

Hingga satu ketika
Ada orang lalu di sebelah meja kami
Seorang laki
Seorang perempuan

Yang perempuan menolak yang lelaki di atas kerusi roda
Ibunya mungkin
Dia menolak dengan penuh rasa kasih sayang

Si anak pulak, aku tampak tak bermaya
Aku pandang ke kaki si anak itu
Sedikit bengkok
Mungkin dia mempunyai masalah dengan kakinya

Tak semena-mena aku merasa sayu
Kasihan
Dan juga aku merasa bersyukur
Sekurang-kurangnya aku masih mempunyai kaki yang berkemampuan

Dalam aku memandang, tiba-tiba mata aku dan si ibu bertemu
Pandangan kami bertemu
Aku tak tahu nak putuskan pandangan atau buat tak tahu
Sedangkan aku dah pun memandang

Dalam masa 2 3 saat sahaja si ibu perasan aku memandang mereka
Dan dalam masa itulah aku merasa tak selesa

Mereka pun terus berlalu

The point is,
Kadang-kadang, orang tak suka kalau kita melihat penderitaan mereka
Walau kita merasa kasihan
Tapi biarkan mereka
Biarkan mereka adapt dengan situasi mereka

Kadang-kadang, jika kita memandang, ia akan lagi menambahkan rasa sayu di hati mereka
Jadi, baik jangan pandang…

Urm, aku tak tahu entri ni nak pegi mana
Cuma aku nak kongsi situasi 2, 3 saat yang aku rasa tak selesa itu
Hanya kerana aku memandang…