Showing posts with label Personal Note. Show all posts
Showing posts with label Personal Note. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

Amarah

0019

Aku sedar, aku mempunyai 'angin'
Aku boleh berubah emosi dalam sekelip mata
Orang kata, itu ciri2 seorang Cancer
Entahlah...

Aku dah lama perasan ini
Senang2 saja aku boleh marah tak tentu pasal
Bengang tak tentu hala

Kalau rumate aku di U dulu dah memang faham pe’el aku ni
Bila aku balik ke bilik je, sure ada mende yang aku cerita kat dia pasal aku bengang atau marah

Sampai satu ketika, maybe dia tak tahan, dia gelar aku Mamat Bengang
Yang peliknya, tak pulak aku bengang kat dia gelarkan aku macam tu
Maybe sebab aku appreciate dia yang selalu dengar kot

Aku perasan ni sejak dulu lagi
Aku tak tahu bagaimana mulanya
Kadang2 aku cuba buang rasa amarah
Tapi tak boleh
Orang kata, waktu begitulah bisikan syaitan kuat kan



Mungkin
Mulanya semua sewaktu aku kecil
Aku tak salahkan sapa2
Aku kata mungkin saja ye

Ayah aku seorang yang garang
If anything goes in the way, siaplah ko
Dan aku seringkali memendam perasaan sewaktu kecil

Siapa yang suka bila kena marah?
Mungkin waktu itu ayah aku marah, memang salah aku
Tapi naluri kecil aku memberontak
Di dalam otak aku, macam2 fikiran timbul

Sampai satu saat, aku cuba mematahkan ayat2 ayah aku dengan kata2 di dalam otak
Setiap apa yang dikatakan, aku debatkan di kepala
Setiap!
Semuanya…

Mungkin itu menyebabkan aku agak pandai berdebat ketika sekolah

Aku tak salahkan ayah aku
Itu satu pengalaman
Dan hasil dari tunjuk ajar dia, aku jadi seperti yang ini
Dan aku bangga atas diri aku ketika ini

Cumanya, bila sejak kecil, minda dah terdidik untuk berdebat, otak dan hati aku sering dirasuki perasaan amarah
Sehingga kini ia menganggu mood kerja aku
Dan mood harian aku

Aku akan ambil segala perkara kecil menjadi besar
Sehingga di ofis, aku sering dicop sebagai sensitive

Aku cuba lawan perasaan itu
Tapi benarlah, melentur buluh biar dari rebung kan
Kini aku rebung, sukar dilenturkan lagi

Aku kini terlalu mengambil kira kata orang
Biarpun dalam nada gurauan, aku akan ambil serius
Dan aku akan debatkan dalam kepala otak, betulkah apa yang diperkatakan itu

Sampai terlalu banyak, otak aku tertekan
Dan aku kembali beremosi

Aku dah perasan ini semua
Acapkali terjadi

Aku cuba berubah
Tapi payah

Apa patut aku lakukan???


p/s - isi lagu tiada kaitan, hanya tajuk berkait...

Monday, June 6, 2011

Perubahan...

0018

Blog makin sepi
Entri makin tiada isi
Apakah semua ini???

Jika diimbas dulu, aku mempunyai satu blog yang aku banggakan
Apa yang aku ingin tulis, pantas saja jari ini menaipnya
Namun kini, makin susah, makin sukar
Faktor usia mungkin?

Ya, maybe zaman dah berubah, dunia dah maju
Aku dah berubah juga dengan bergeraknya peredaran masa

Tapi yang dapat aku lihat, jauh di sudut hati aku, aku masih aku
Masih aku yang dulu
Yang sama macam orang kenal2 dulu

Susah juga nak mengubah diri
Mengubah apa yang sudah ada
Kepada yang lebih baik
Kepada yang lebih betul
Dan kini aku sedang laluinya
Berjayakah aku, aku pun tak tahu

Manusia dilahirkan tak sempurna
Banyak cacat cela
Banyak khilaf
Hanya Dia yang sempurna

Cuma di tangan, kita mempunyai kuasa untuk mengubah nasib kita
Dan ujian yang datang sebagai penguat untuk diri kita

Ah, sudah!
Ayat memang pandai
Ayat memang bijak
Ayat memang macam-macam
Senang ditutur
Tapi nak buat?
Sendiri mau ingat…

Aku bukan apa
Aku manusia
Aku mempunyai masalah
Dan masalah itu aku kongsikan bersama seorang teman

Tapi kerap kali
Respon yang aku terima, aku sedikit tak berpuas hati
Kerana aku rasakan mulutnya amat mudah memberikan cadangan
Tapi yang merasanya, yang perlu melakukan perubahan, ialah aku

Atau mungkin, aku yang meminta terlalu lebih dari dia?

Dah cukup bagus la jugak kan ada kawan nak dengar masalah kita
Baik buruk responnya, terima sajalah

Biasalah, aku manusia
Aku memang tak selalu bersyukur atas nikmat kawan yang baik mendengar masalah aku
Astaghfirullah!

Jauh juga aku melalut ya
Biasalah, nak sental daki2 karat di kepala otak ni
Nak aktif berblogging la kononnya
Haaraam!!~

The point is
Masa
Masa merubah segalanya
Aku dah berubah
Walau aku masih aku yang dulu, tapi perubahan tetap ada

Cuma persoalannya, ke arah kebaikan atau kejahatan???
Hurm…


Monday, May 9, 2011

Apa yang aku nak tulis...

0016

Rasa macam terlalu banyak nak cerita
Terlalu banyak pemikiran
Terlalu banyak point

Tapi mungkin dunia blog dah berubah
Dan aku pun berubah sama
Slowly, apa yang nak diceritakan itu evaporate…

Teringat kembali, apa sebabnya aku berblog rancak dulu
Dan mengapa aku buka blog in the first place

Aku ingin didengari
Sebab aku banyak nak diluahkan
Aku ingin orang mengerti
Apa yang aku rasakan, apa yang aku fikirkan

Di mulanya memang begitu
Di awalnya memang begitu
Dan dunia blog memang serve aku untuk purpose itu

Bila dah mula kenal2
Dah mula lompat2 blog
Dah berkawan2
Entri2 di blog kebanyakannya lebih komersil
Lebih menjurus kea rah ‘apa yang orang suka baca’
Bukan ‘apa yang aku nak tulis’

Dan jadilah blog seperti sekarang

Apa tah nak jadi kan…

Hidup dah berubah
Dulu student
Sekarang dah kerja
Dulu fikir assignment
Sekarang fikir dateline dengan client

Dulu wujud masalah hati
Sekarang masih lagi
Dan aku jangkakan, ia akan berpanjangan

Aku ialah aku
Aku tak boleh nak mengubah aku
Mungkin profesionalisme boleh diubah
Tapi emosional amat sukar

*aku nak teruskan, tapi terhenti sbb terfikir orang akan pandang rendah dekat aku kalau aku tulis lebih2 pasal emosi*

Aku patut rentikan perasaan ‘apa yang orang suka baca’ ni
Dan aku perlu lebihkan ‘apa yang aku nak tulis’

Apa yang aku nak tulis…
Apa yang aku nak tulis…
Apa yang aku nak tulis…

Thursday, April 21, 2011

Demi Kewarasan...

0014

Aku rasa, aku perlu, dan mesti kembali menulis di blog
Dunia aku makin kosong
Dan aku rindukan bagaimana dunia aku terisi waktu blog ada dalam hidup aku

The thing is, aku tiada masa untuk menulis
Kerja saja sudah menuntut perhatian yang tak berbelah bagi
Pulang sahaja, aku dah terlalu penat untuk menulis
Tapi, demi kewarasan fikiran aku, aku rasakan ianya perlu

Apalah maknanya dunia jika aku rasakan aku laluinya seorang-seorang
Dulu aku tau, aku tak begini
Tapi lewat kebelakangan ni, aku begini

Aku pun tak tahu mana hilangnya aku yang dulu
Cuma harapnya ia takkan melarat

Apa pun, aku still harapkan yang terbaik…


Friday, April 8, 2011

Polo Blue vs CK One

0013

Ingat lagi entri ini???
Ya, ini entri zaman lama
Dan ianya related to this entry, and this entry

Baru-baru ni, ofismate pakat reramai pegi Singapura
Girls days out kata mereka
Takkan nak ikut pulak kan

Dalam preparation, mereka bertanya juga, ada nak pesan pape tak
Perfume murah kat sana…
Kata merekalah

Aku pun tertarik nak memesan
Yelah, selama ni pakai perfume generic inspired by je
Ataupun perfume yang dijual di pasaraya

Sekali sekala, bila dah mampu ni, apa salahnya beli yang lebih mahal kan?

So, aku pun tertarik nak memesan perfume

Mereka bertanya nak perfume apa?

Aku pening
Dah lah tak pernah terfikir nak beli perfume
Lantas, mulut pantas menyebut “Polo Blue”

Mungkin kerana selalu dengan baunya
Walau selalu pakai yang generic
Dan mungkin juga kerana memori itu

Jadi, mereka pun ke sana
Berhuha2, berjimba2
Tangkap gambar gedik sana sini
Dan letak kat facebook banyak2…
Gua tengok berbulu je…

Tapi kembalinya mereka, tiada Polo Blue di bagasi
Kata mereka, setiap tempat yang mereka pergi, itu yang paling pertama ditanya
Tapi semua tempat yang mereka pergi, ia kehabisan
Lantas mereka menukar untuk membeli CK One

Bila tiada Polo Blue di tangan
Bila dah berharap Polo Blue,
Yang dapat adalah CK One
Ia buat aku teringat memori itu
Dan signifikannya Polo Blue dalam hidup aku

Mungkin, in a way, Polo Blue was never mine
Sejauh mana aku mencari, it was never mine

Sama juga memori itu
Mungkin ia hanya dirasa oleh aku
Mungkin memori itu tak bermakna bagi dia

Dan mungkin juga,
Dia was never mine…


Saturday, February 26, 2011

I really need to find something, really-really bad!!!

0007

I rarely had time to myself
My workloads and datelines are so demanding, and it requires me to sacrifice my own sweet time
But its OK, I just love what I do in my job
Thus, I’m not complaining

Once in a while, when I’ve achieved something, I reward myself with 1 or 2 days off
And this start a problem which I did not know exists before…

Rupa-rupanya, aku tak tahu macam mana nak spend masa senggang aku!

Tolak tido ke tepi, itu memang aku lakukan
Tapi, bila sudah seharian tido, badan dah sakit2 kerana lebih tido, I craved for something more

Aku suka membaca
Dan aku ada macam-macam buku yang sudah dibeli tapi belum dibaca
Tapi, kadang2 rasa macam malas membaca

Aku suka mendownload
Macam2 movie, tv series aku donlod
Tapi, bila dah selalu sangat putarannya, donlod-tengok, donlod-tengok, aku mula bosan

Aku suka berblog
Macam2 idea ada dalam kepala otak
Tapi sejak aku berhenti hampir setahun dulu, aku mula berkarat, dan aku mula bosan

Dan aku perasan, semua yang aku suka di atas boleh dilakukan melalui bilik aku ini sahaja!

Maybe I should be out more

I really need to find something to do, really, really bad!
And outside of this room

Sekarang ini, aktiviti luar yang aku ada pun hanyalah sesi karaoke, yang mana kalau dilihat dengan teliti, masih berlaku di dalam bilik!

Ada kawan2 yang ada kamera besar2
Pergi sana sini
Tangkap gambar
Dan mereka senang dengan hobi itu

I just think that, I need a hobby that I love to do
And the reason for me to wake up in the morning, just because I love it!

Hurm… any suggestion???

Thursday, February 24, 2011

Hanya Kerana Pandangan...

0006

Hari itu kami tengah makan malam
Aku dan budak-budak ofis
Di restoran berhampiran tempat kerja kami

Memang aku selalu ambil peluang makan dulu sebelum balik rumah
Sebab aku ni jenis malas nak keluar dari rumah semata-mata untuk makan
Jika sampai malas aku, maka mulalah aku makan segala macam makanan rapu di rumah

Jadi kami makan
Bergurau senda
Bergelak ketawa

Mem’bitching’ sikit demi sikit pasal ofis
Pasal orang-orang ofis yang susah untuk buat kerja bersama
Pasal macam-macam
Topic random
Itu je masa kami nak merelease tension

Hingga satu ketika
Ada orang lalu di sebelah meja kami
Seorang laki
Seorang perempuan

Yang perempuan menolak yang lelaki di atas kerusi roda
Ibunya mungkin
Dia menolak dengan penuh rasa kasih sayang

Si anak pulak, aku tampak tak bermaya
Aku pandang ke kaki si anak itu
Sedikit bengkok
Mungkin dia mempunyai masalah dengan kakinya

Tak semena-mena aku merasa sayu
Kasihan
Dan juga aku merasa bersyukur
Sekurang-kurangnya aku masih mempunyai kaki yang berkemampuan

Dalam aku memandang, tiba-tiba mata aku dan si ibu bertemu
Pandangan kami bertemu
Aku tak tahu nak putuskan pandangan atau buat tak tahu
Sedangkan aku dah pun memandang

Dalam masa 2 3 saat sahaja si ibu perasan aku memandang mereka
Dan dalam masa itulah aku merasa tak selesa

Mereka pun terus berlalu

The point is,
Kadang-kadang, orang tak suka kalau kita melihat penderitaan mereka
Walau kita merasa kasihan
Tapi biarkan mereka
Biarkan mereka adapt dengan situasi mereka

Kadang-kadang, jika kita memandang, ia akan lagi menambahkan rasa sayu di hati mereka
Jadi, baik jangan pandang…

Urm, aku tak tahu entri ni nak pegi mana
Cuma aku nak kongsi situasi 2, 3 saat yang aku rasa tak selesa itu
Hanya kerana aku memandang…


Wednesday, February 23, 2011

Kawan

0005

I know, I am a sucker for a friend

Aku rasa tak pernah ada kawan yang betul-betul baik dalam hidup aku
Maybe aku tak selalu open secara total kepada semua orang

Baru-baru ini, ada seorang kawan
Dia baik dan memahami
Dan aku entah bagaimana senang dengan dia

Atas rasa kesenangan itu, aku ceritakan segala suka dan duka aku pada dia
Dia nampak macam ingin cuba faham, tapi aku tau dia tak mampu faham secara total
Tapi, aku senang dengan dia

Macam, semua benda ingin aku ceritakan pada dia
Segala-galanya!
Semua yang aku lalui
Segala-galanya!

Suatu ketika, aku rasa dia mula menjauh
Mungkin kerana aku sudah terlalu terbuka pada dia, dia menjauh
Mungkin di fikirannya, dia lebih baik dari aku
Dan sejak itu dia menjauh…


Aku cuba buat-buat bagai takde apa yang berlaku
Tapi dia semakin lama semakin jauh
Aku cuba untuk rapatkan diri kembali dengan dia
Tapi kami semakin lama semakin terpisah

Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan
Mungkin aku rindukan suasana waktu dulu-dulu
Waktu dia dan aku neutral
Waktu aku tak ceritakan apa-apa pada dia

Kini aku sedikit celaru
Keliru
Dan buntu

Kadang-kadang, rasa rindu memuncak untuk berjumpa dengannya
Tapi, bila berjumpa, aku pula yang terasa
Dia, aku, bukan seperti dulu

Kini dia mengatakan yang dia ingin berhijrah
Jauh!
Aku tak tahu apa yang aku rasa

Sepi di dalam
Cuba untuk melawan kesepian mungkin?

Kawan
Topik yang simple
Tapi apsal aku emo lebih ni?
Dush!

I know, I am a sucker for a friend


Saturday, February 19, 2011

Salam Perkenalan...

0003

Hi there
Kinda regret last entry. Macam la takde tone lain nak start kan blog kan?

Salam perkenalan.
Aku Adi Khairuddin. Panggil je Adi.

Aku tak lah baru sangat dalam dunia blog ni.
Dah dekat 5 tahun sebenarnya. Dan ini merupakan blog kedua aku.

Apa jadi dengan blog lama?
Well, what I can say is life change
People change, surrounding change.
I just feel that my last blog cannot cater my life right now
And I just need privacy, because maybe my last blog is too open.

Kinda miss the old days though.
Berblog dulu dan kini terasa bezanya

Kalau dulu, jump2 blog amat nikmat
Tinggalkan komen bukan setakan seayat dua, kadang2 macam karangan
Dan perhubungan blogger2 agak rapat, walau tak pernah bersua muka
Kadangkala, ada perkara aku lebih percaya cerita kat blogger dari kawan sekeliling.
Begitu hebatnya blog

Waktu zaman kegemilangan dulu, macam2 aktiviti dibuat
Dan ia memberi satu kenangan manis buat aku

But itu masa silam.
Ini masa kini.
Jadi mari mulakan?

Kenapa a-life-out-of-felicis???
Aku pun susah nak terangkan
Bunyinya macam negative sangat je kan tajuk blog ni.

Maybe in desperation of finding new name for my blog, dan waktu tu pulak keadaan hidup agak kucar kacir, jadi nama2 yang dipilih memang agak negatif
Dan inilah hasilnya, yang terbaik antara yang negatif. Haha

Walau bunyinya negatif, aku mengharapkan yang terbaik dari blog ini.
Biar bunyi tajuk blog macam tu, biar orang biasa dengan tone2 yang akan kuar di blog ni. =p

Well, kenapa a-life-out-of-felicis???
(melalut je keje dari tadi kan, tak sempat jawab lagi. Dun u feel that blogger mmg selalu melalut? Haha)



Kenapa a-life-out-of-felicis???
Korang baca Harry Potter tak?
Mmm, kalo tak baca pon, tonton tak movie Harry Potter?

Pernah tak dengar potion nama Felix Felicis?
Potion untuk luck?

Well, kalo dah tahu, takpe
Kalo tak tahu, google sendiri!
Semua nak suap! =p

Kadang2, dalam hidup ini, selain percaya qada’ dan qadar, aku rasakan ada masanya nasib memainkan peranan
Its kinda a same thing actually between nasib, or hakikat
Dan kadangkala, memang aku rasakan hidup aku memerlukan itu semua.

Ish, susah pulak nak menerang kenapa nama blog ni begini.
Ah, korang layan je la
Malas den nak fikir dalam2 ni

As for now, let the blogging in the new world begins…


Sunday, February 6, 2011

First note

0001

Welcome! Welcome! Welcome!
Welcome to my new blog!!!

I do hope this is a start
The start of a new journey with me and all of you with this blog
I really don’t know what will happen to this blog
But surely I am hoping for the best

Aku masih tak nampak hala tuju blog ini lagi
Dalam otak aku ada bermacam2
Tapi kita tengok la mana yang jalan dulu ye

Buat masa sekarang, layankan aja!