Wednesday, February 23, 2011

Kawan

0005

I know, I am a sucker for a friend

Aku rasa tak pernah ada kawan yang betul-betul baik dalam hidup aku
Maybe aku tak selalu open secara total kepada semua orang

Baru-baru ini, ada seorang kawan
Dia baik dan memahami
Dan aku entah bagaimana senang dengan dia

Atas rasa kesenangan itu, aku ceritakan segala suka dan duka aku pada dia
Dia nampak macam ingin cuba faham, tapi aku tau dia tak mampu faham secara total
Tapi, aku senang dengan dia

Macam, semua benda ingin aku ceritakan pada dia
Segala-galanya!
Semua yang aku lalui
Segala-galanya!

Suatu ketika, aku rasa dia mula menjauh
Mungkin kerana aku sudah terlalu terbuka pada dia, dia menjauh
Mungkin di fikirannya, dia lebih baik dari aku
Dan sejak itu dia menjauh…


Aku cuba buat-buat bagai takde apa yang berlaku
Tapi dia semakin lama semakin jauh
Aku cuba untuk rapatkan diri kembali dengan dia
Tapi kami semakin lama semakin terpisah

Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan
Mungkin aku rindukan suasana waktu dulu-dulu
Waktu dia dan aku neutral
Waktu aku tak ceritakan apa-apa pada dia

Kini aku sedikit celaru
Keliru
Dan buntu

Kadang-kadang, rasa rindu memuncak untuk berjumpa dengannya
Tapi, bila berjumpa, aku pula yang terasa
Dia, aku, bukan seperti dulu

Kini dia mengatakan yang dia ingin berhijrah
Jauh!
Aku tak tahu apa yang aku rasa

Sepi di dalam
Cuba untuk melawan kesepian mungkin?

Kawan
Topik yang simple
Tapi apsal aku emo lebih ni?
Dush!

I know, I am a sucker for a friend


No comments: